Home » , » Manual Breast Pump Vs Elektronik Breast Pump

Manual Breast Pump Vs Elektronik Breast Pump

Written By Unknown on Khamis, 9 Oktober 2014 | 12:55 PG


Selamat pagi ibu2. . .  .  ibu2 menyusu apa khabar? Semoga semuanya sihat waalfiat hendaknya.Semoga ibu-ibu teruskan penyusuan selama 2 tahun . Aamin....

                                                   

Ibu-ibu yang bekerja mesti mahukan yang terbaik untuk bayi mereka yang masih menyusu badan .Kadangkala kesibukan ibu-ibu yang bekerja  menyebabkan perasaan mereka untuk mengepam susu di tempat kerja lemah dan tidak bersemangat , ditambah pulak bos yang tak faham perasaan ibu menyusu....apapun saya doakan semoga ibu bekerja teruskan penyusuan anak sehingga 2 tahun .

Bermula sebelum husna lahir, saya dan suami carigali yea ilmu penyusuan ...siap masuk kelas penyusuan ...konsep powerpumpinf, supply and demand dan macam-macam lagi....tapi ada satu pasangan ini tanya soalan yang menarik perhatian saya  dan suami.

" KALAU SEORANG IBU YANG BEKERJA SEPERTI SAYA , APAKAH KRITERIA YANG PERLU SAYA AMBIL UNTUK MEMBELI PUMP SUSU?

Inilah kriteria yang perlu diambil SEBELUM  membeli pump susu.

1. Harga pump susu

Tengok dulu harga pump susu yang nak dibeli .. yang mahal tak semestinya o.k dan yang murah tak semesti tak o.k ... beli pun masa promosi...google harga pump susu ni...antara harga RM 50-RM 1000.sila buat survey yea ibu-ibu...

2. Jenis breast pump susu

Semuanya ada 4 jenis breast pump susu iaitu:

  • Manual
                                    
Kalau jenis maual ini, sellaunya kita pump susu guna manual iaitu guna tenaga kita untuk pump susu, selalunya adalah single pump.
  • Battery Operated
Preast pump jenis ini  menggunakan bateri yang kena rechargeable dan ibu-ibu sentiasa kena pastikan bateri itu sentiasa mampu bertahan selama 8 jam untuk ibu yang bekerja atau yang nak travel.
  • Elektrik
Breast pump jenis ini mengunakan 100% elektrik. Senang, mudah dan tidak memenatkan .Tapi perlu ada punca elektrik la untuk pump ni..hahhaa..sambil pump boleh tengok TV, dengar radio dan sebagainya.
  • Elektrik + Batery Operated
Breast Pump ini ada dua fungsi, boleh pakai elektrik dan bateri .Senang , mudah dan fleksibel untuk ibu-ibu mengepam ...tapi harga boleh tgk jugak serta  mungkin breast pump jenis ini menjadi idaman ibu-ibu menyusu.

3. Jenis pump breast

Disini ada dua jenis pump iaitu single pumping dan double pumping.

                                        

  • Single  Pumping 

Kalau single pumping ini selalunya satu pumping saja , dan kena adjust la sebelah kiri dan sebelah kanan pulak. Walaupun single anda boleh modify menjadi double pumping..sila tengok youtube... 

                      

  • Double Pumping
Jenis breast pump tu mampu pam serentak kedua-dua breast. Double pumping biasanya menjimatkan masa dan mudah lagi dari single pumping.

4. Brand Breast Pump

Kalau google jer ....brand breast pump ...berlambak di pasaran. Antaranya Medela, Avent, Spectra, Modu, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Unimom, Anakku, Pureen.  Yang menjadi pilihan ibu adalah  Medela, Avent & Spectra.

5. Jenis suction /sedutan

Kalau manual , sedutannya lambat tapi kalau elektrik sedutan agak kuat  tapi bergantung kepada motor pump breast tersebut. Ada yang berbunyi , ada yang tak berbunyi.

6. Size, berat serta komponen breast pump.

Kalau boleh ibu-ibu pilihlah size yang ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

7. Ketahanan breast pump.

Pilihlah breast pump yang berkualiti , tahan lasak dan boleh guna untuk tempoh yang lama.
Dari segi motor pula mampu bertahan .

Kesimpulannya, pastikan "breastpump" yang ingin dibeli kualitinya bagus dan tahan lasak + tahan lama. Sebaiknya google atau bertanya dengan rakan lain pendapat serta pengalaman mereka dengan pam sedia ada. Boleh juga google pam yang sedang dipromosikan dengan harga yang menarik. Kemudian baru decide nak beli yang mana.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai SET PENYUSUAN SHAKLEE ,
boleh menghubungi saya :

012-2149154
Pn Jasmila Jamli
BLOG : www.jasmilajamli.blospot.com
FB : UmMi Husna


Email : jjasmila3565@gmail.com 











0 comments:

Catat Ulasan