Home » » Apa itu jerawat ?

Apa itu jerawat ?

Written By Unknown on Rabu, 10 September 2014 | 4:30 PTG


Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud "masa yang paling penting dalam hidup. Jerawat ini lebih dikenali sebagai jerawat umum yang biasanya berpunca daripada keadaan muka kulit yang mempunyai rongga rambut dan kelenjar minyak yang tersumbat . Jerawat ini sering dialami oleh golongan remaja yang mengalami perubahan hormone dan golongan dewasa pada awal umur 20 an. Lebih kurang 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat.

Proses terjadinya jerawat?


Dalam mengalami proses kematangan, kelenjar minyak sangat menjadi aktif dan golongan ini akan mengalami perubahan hormone iatitu hormone testosteron dan ia akan ditukarkan hormon  dihidrotestosteron dimana ia akan meningkatkan pengeluaran kelenjar minyak dan kadar metabolic. Seterusnya penghasilan sebum (liang) yang berlebihan akan berlaku menyebabkan kuman meningkat dan terjadinya JERAWAT. Apabila liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, kita gelarkannya sebagai jerawat putih (whitehead).Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam. Dinding folikel mungkin pecah lalu membentuk bonjolan berwarna merah.

0 comments:

Catat Ulasan